Friday, August 22, 2008

My Starz LG!!!



Senarai Lagu Ujibakat


Lagu Inggeris
Artist Perempuan
Balada
1. Hero (Mariah Carey)
2. Because of You (Kelly Clarkson)
3. When You’re Gone (Avril Lavinge)
Rancak
1. Tatto (Jordin Sparks)
2. Irreplaceable (Beyonce Knowles)
3. No One (Alicia Keys)
Artist Lelaki

Balada
1. You’re Beautiful (James Blunt)
2. With You (Chris Brown)

Rancak
1. When 1’m Gone (Simple Plan)
2. Because of You (Ne -Yo)
3. Beautiful Girl (Sean Kingston)



Syarat-syarat Kelayakan

1. Terbuka kepada lelaki dan wanita warganegara Malaysia kecuali kakitangan LG Berhad, Sistem Televisyen Malaysia Berhad, agensi pengiklanan, pengurusan acara, anak-anak syarikat, serta ahli-ahli keluarga yang terdekat.
2. Berumur antara 18 hingga 25.
3. Bawa bersama 2 gambar bersaiz pasport ketika ujibakat
4. Peserta* diujibakat secara solo/individu.
5. Terbuka kepada mereka yang berstatus bujang atau berkahwin. Sekiranya peserta tersebut berkahwin, beliau ( wanita ) mestilah tidak hamil semasa proses ujibakat dan semasa produksi ini berlangsung.
6. Peserta* dikehendaki berpakaian kemas, menarik dan sesuai semasa proses ujibakat.
7. Peserta*dilarang berpakaian menjolok mata, berselipar dan berseluar pendek.
8. Peserta* tersebut mestilah tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
9. Peserta* mestilah tidak pernah terlibat dalam pengambilan dan penyalahgunaan dadah.
10. Peserta* mestilah sihat tubuh badan, tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
11. Peserta mestilah mengesahkan yang beliau tidak diurus dan terikat dengan mana-mana pihak ( pengurusan acara/ syarikat rakaman ) sebelum/semasa ujibakat dan rancangan tanpa kebenaran pihak TV3. Peserta* mestilah menandatangani akur janji dalam borang penyertaan. Sekiranya didapati melanggar syarat-syarat tersebut tindakan undang-undang atau peyingkiran akan dikenakan kepada mereka.
12. Sekiranya peserta* terpilih menjadi salah satu finalis, peserta* tersebut haruslah bersetuju untuk menerima tawaran syarikat rakaman serta pengurusan secara eksklusif oleh syarikat pengurusan bakat yang ditetapkan oleh TV3.
13. Peserta* mestilah tidak pernah menerima sebarang bentuk pampasan dari pihak ketiga, mahupun perkhidmatan yang berharga tanpa persetujuan dari pihak TV3 dan syarikat pengurusan bakat.
14. Peserta* yang terpilih sebagai finalis atau simpanan haruslah bersedia meninggalkan aktiviti harian, pembelajaran atau pekerjaan dalam tempoh masa yang ditetapkan atau dirasakan perlu oleh pihak TV3 bagi menjayakan sebarang produksi dan promosi sepanjang jangkamasa yang ditetapkan oleh pihak TV3.
15. Kesemua peserta* mestilah bersetuju menyerahkan semua hak penyiaran kepada TV3 berhubung rakaman persembahan semasa ujibakat atau rancangan bagi tujuan promosi secara menyeluruh dalam apa jua bentuk media.Penyenaraian pendek dan proses pemilihan peserta* akan ditentukan oleh pihak TV3 bersama juri-juri profesional yang dilantik dan keputusan adalah muktamad.
16. Pihak TV3 mempunyai hak untuk membatalkan atau menolak sebarang permohonan jika didapati maklumat yang diberikan oleh peserta* adalah tidak benar.
17. Pihak TV3 tidak akan bertanggungjawab di atas kemalangan, kecederaan atau kematian,
kehilangan barang ataupun sebarang kejadian yang tidak diingini semasa sesi ujibakat berlangsung.
18. Peserta* mestilah bersetuju dan memahami segala syarat kelayakan dan menandatangani borang penyertaan tanda persetujuan dengan syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak TV3.
19. Penerbit My Starz LG berhak memilih semula mana-mana peserta yang gagal pada sesi ujibakat yang difikirkan layak untuk dipilih semula.
20. Pihak TV3 mempunyai kuasa untuk meminda sebarang syarat yang ditetapkan mengikut budi bicara dan situasi.
21. Peserta* wajib menandatangani borang permohonan, memahami dan akur dengan kesemua syarat-syarat yang telah diberikan.
22. Pihak TV3 berhak untuk menggunakan rakaman ujibakat untuk disiarkan dalam rancangan MyStarz LG dan sebarang bentuk promosi.

No comments: